BAHAGIAN KEDUA

MAHATHIR  DAN UMNO/BN SUDAH HILANG UPAYA

Amin Sapiro (Ahli UMno Atas Pagar Berduri)

Ciri-ciri Pengkhianatan Mahathir

Mahathir menyangka, naiknya beliau ke tingkat tertinggi dalam hiraki pimpinan negara adalah satu miracle. Seorang “ultra” UMNO, akhirnya menjadi PM. Mahathir cemburu kepada pemimpin berdarah Melayu. Baliau tahu bahawa kedudukannya pasti goyah kerana niat dan nawaitu busuknya terhadap orang Melayu akan tercium juga.

  1. Buktinya, 4 tahun setelah menjadi PM, Musa Hitam (zuriat Melayu) adalah mangsa pertama. Kemudian Tengku Razaleigh Hamzah telah masuk kedalam skima ‘pembuangan’ (disgrace scheme) beliau. Ghaffar Baba dilagakan dengan DS Anwar. Tetapi Allah cuma membenarkan khianat seseorang itu setakat 3 kali saja. Anwar, pembuangan ke-4, menyebabkan Mahathir luka parah. Hari ini, Mahathir sedang mengidap pendarahan dari luka yang tak kunjung sembuh. Nampaknya, politik Mahathir hanya “hidup dan bernyawa” untuk seketika mencukupkan detik-detik terakhir. Abdullah Bedawi yang ditindik menggantikan beliau hanya satu ‘unjukan pura-pura’. Bagi Mahathir, yang penting ialah KEPASTIAN bahawa harta dan kekayaan anak-anaknya akan terus jadi milik mereka. Orang Melayu mampus, dia apa pedulik!!
  2. Mahathir mahu orang Melayu terus menjadi kaum meminta-minta. Dengan itu, beliau dapat menggubal dasar supaya orang Melayu bergantung dan berharap kepada Regimnya. Buktinya, belum nampak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibawah penyelenggaraan Mahathir (sejak jadi PM) betul-betul dilaksanakan olehnya memanfaatkan orang Melayu. Jika Tun Razak merancang FELDA, FELCRA, MARA, pelbagai Lembaga Kemajuan seperti Pertanian, Perikanan dan Perikanan – dibawah Mahathir itu semua tidak menjadi keutamaan. Mahathir meletakkan asas perindustiran berat yang berakhir dengan berbagai korupsi, pembaziran dan salahguna-salahurus hartanah dan wang rakyat.

Buktinya, struktur ekonomi Malaysia dan orang Melayu bagi ‘belon angin’. Bila ditekan oleh sesuatu gejala ekonomi dunia, maka berlakulah musibah krisis ekonomi dan kewangan seperti tahun 1997. Kertas Bursa saham KLSE yang menjadi kebanggaan Mahathir tidak lebih dari “kertas tisu”  yang lebih sesuai digantung di jamban. Tidak ada nilai. Tetapi, ‘after effect’ yang paling menyedihkan, puluhan bank yang jadi sumber kroni Mahathir menakik modal turut sama merudum. Hutang lapok (NPL) bertimbun dalam lingkungan ratusan billion. 

Mahathir menyelamatkan anak-anak dan kroni sekongkolnya dengan menggunakan wang rakyat dari PETRONAS, KWSP, PNB, dll. Simpanan  luar dilurut hingga nilai ringgit menjunam begitu teruk. Sementara kroninya mengangkut khazanah negara keluar negeri yang kuat nilai kewangannya. Mahathir sendiri menyimpan sejumlah wang yang sangat banyak di US, Swiss Banks, Bank Israel. Mahathir sekian lama mengumpul asset fisikal dalam bentuk hartanah diluar negara. Termasuklah ranches di Agentina dan Canada, di Australia, hartanah di Jepun, Hong Kong, Afrika Selatan, dll. Begitu juga Daem Zainuddin dan beberapa orang menteri UMNO dan komponen BN. Samy Vellu dan Ling Leong Sik adalah kompen BN yang paling rakus!!

Dispariti (Ketidakseimbangan) Sosial

i) Bagaimana orang Melayu? Kemana mereka?

Jawapan yang jelas adalah: mereka akan ditakuk lama seperti sebelum Merdeka. Hutang persendirian mungkin melebihi pendapatan seumur hidup, dihirup oleh Kroni pemimpin UMNO/BN yang terdiri dari orang-orang yang berkroni dan memegang proksi. Mereka inilah yang menentukan dasar ekonomi dan “public consumption”.

Terbukti, harga rumah melambung 3 kali ganda (rumah teres 4 bilik mencapai RM200 ribu), harga kereta 2 kali ganda dari nilai (sekadar contoh). Itu adalah ‘sistem market forces’ dalam masyarakat yang diselubungi kemiskinan. Akhirnya, timbul gejala ‘Dispariti (Ketidaksaimbangan) Sosial yang keterlaluan. Tetapi Mahathir dan kroninya apa peduli? Asalkan kantung mereka penuh, peduli apa dengan nasib orang Melayu, petani, nelayan, setenggan, golongan pekerja gaji rendah, (termasuk kaum bukan Melayu).

Tanah orang Melayu kian jadi sasaran, dikikis. Projek yang mendatangkan keuntungan akan dilaksanakan ‘in the expense of the owners’. Maka berlakulah projek “Udang Galah” yang sia-sia (antara contoh yang nyata). Berapa jumlah tanah simpanan Melayu (TSM) seluruh negara yang berbaki sekarang? Tanya orang penorak Felda, bagaimana kemajuan bayaran tanah mereka yang dibeli oleh kroni? Kita akan sedih!!

ii) Pendidikan Terbincana

Keghairahan Mahathir dengan penwastaan dan pengkoporatan menyebabkan pendidikan anak-anak Melayu tertinggal jauh 10 tahun kebelakang dari segi jumlah dan kualiti. Dasar Mahathir itulah yang menjadi punca. Tidak ada satu kepala orang Melayu sekarang yang anak masing-masing menuntut di IPT, yang tidak berhutang. Hutang itu sangat  tidak wajar dibebankan ke bahu orang Melayu, memandangkan tahap pencapaian purata ekonomi orang Melayu masih rendah berbanding dengan keperluan.

Seperkara yang penting, tidak bermakna jika negara ini makmur rakyatnya turut makmur. Pendidikan adalah satu keperluan, dan telah menjadi dasar pelajaran kebangsaan memberi pendidikan percuma. Tetapi Mahathir telah menghumban dasar itu kerana ia sengaja “sakit hati” melihat orang Melayu mendapat nikmat dari kemerdekaan yang mereka perjuangkan!!

iii) Keusahawanan

Bermula dengan Mahathir, kini Abdullah Bedawi pula, usahawan Melayu terbiar tanpa perancangan yang berkesan. Walaupun dibanggakan ada Bank Pembangunan dan segala macam bantuan, tetapi hakikat itu tidak lebih “bru, haha..!” lagi. Ratusan orang Melayu menerjuni bidang ini, akhirnya gulung tikar. Punca asal kegagalan adalah, kerajaan Mahathir terlampau banyak cakap – perlaksanaannya ‘zeo’.

Kementerian yang terbabit tidak serius merancang dengan pasti. Banyak IKS Melayu (kontrek dan supplies) hanya menghabiskan modal permulaan, sementara projek yang diharapkan tidak ada. Tidak nampak satu penyelarasan dan kerjasama yang rapat antara syarikat/korporat besar dengan IKS Melayu. Korporat itu lebih mementingkan kepentingan sendiri hingga mereka bagai enau dalam belukar –  kebanyakan  memonopoli sebarang bisnis terbitan dari aktiviti mereka.

Buktinya, Plus dan Renong yang mengendalikan projek Lebuhraya telah menolak sebarang cadangan kerjasama dengan IKS Melayu (manufacturung, supplies, dll). Mereka mewujudkan anak syarikat yang menyempitkan lagi padang IKS. IWK memusnahkan IKS dalam melaksanakan kerja pembersihan takungan cess-pool. Kilang besar tidak dipastikan memberi franchais pembuatan komponen kepada IKS tempatan. Hingga screw pun mereka impot dari syarikat induk mereka. Tidak ada satu perancangan ‘fokus’ dalam hal ini berbanding penggalakan pelaburan industri besar oleh kementerian terbabit. Semua dibuat bagai melepas batuk di tangga. Tinggalah orang Melayu yang berkebolehan sebagai pekerja ‘makan gaji’ sampai ke tua! Tidak ada Dasar nyata regim ini, selain dari melaung-laung di Perhimpunan UMNO hingga serak suara!! Bagaimana hendak meningkatkan pengusaha Melayu ketahap “Usahawan Pertengahan”?

Mahathir Dengan “Topeng Puaka”nya

Setakat ini Mahathir hanya melepaskan egonya dengan lebih mencenderungi hal-ehwal antarabangsa dari hal-hal dalam negara. Beliau bertempek dimana-mana beliau disinggah dan menjelajah pelusuk dunia. Acapkali apa yang dikatakannya tidak lebih dari kegilaan “anak-anak muda baru berkeris” (pepatah Melayu).  Semuanya akan ditikam dan ditetak. Dalam beliau “kokok berderai-derai” itu, pada tahun 1997, punggung Mahathir betul-betul “bergelumang taik”.

George Soros dengan kebijaksanaannya meneliti kelemahan struktur ekonomi Malaysia yang sedemikian rapuh, akhirnya ekonomi negara tersungkur-merudum. Soros cuma memainkan ‘swith’ terkecil dalam ‘pendawaian’ ekonomi negara ini. Jika struktur dan dasar ekonomi dan kewangan negara kukuh,  pasti kemelesetan ekonomi tidak akan berlaku. Jika berlaku, ia tidak akan separah itu.

Ini berpunca dari “kronisma dan nepotisma” Mahathir yang mendorong jongos-jongosnya berhutang melebihi kemampuan ekonomi dan simpanan negara. DS Anwar membantah cara Mahathir menangani permalahan ini (atas nasihat pakar Bank Negara). Tetapi Mahathir selaku “diktator” berkuasa mutlak. Perbedaan cara Mahathir dengan Anwar berkesudahan Anwar diaib dan dipenjarakan!!

Selama ini Mahathir menggunakan topeng-topeng yang mendinding mukanya sebenar. Beliau menggunakan topeng puaka diberi nama “demi kepentingan” orang Melayu, demi kepentingan survival UMNO, demi kepentingan Rakyat, demi kepentingan kemerdekaan, demi kepentingan kedaulatan negara, demi mengelakkan Agen Asing, dan 1001 topeng lagi. Disebalik topeng itu, si pemakainya masih “Mahathir” yang beragenda “Menipu, Berbohong, Berencana/agenda Mega”. Hari ini terbukti, “Mahathir melakukan itu DEMI kepetingan DIRI  sendiri, keluarga, kroni dan proksinya”….!! UMNO tertipu!! Tetapi Mahathir tidak akan berkata begitu. Berkata seorang cendekiawan, “One has to read Malay Delimma 8 – 10 times to find out who Mahathir is to the Malays. Read between the lines”. Buku itu harus dibakar saja…!!

Siapa Pemimpin UMNO?        

Majoriti UMNO adalah mereka yang seperti ‘dedak yang digondong air deras”. Mereka jadi tukang sorak. Di PWTC nanti, rakyat akan lihat bagaimana gelagat mereka.  Saban tahun begitulah keadaannya. Sementara itu, Mahathir beberapa ‘inner circle’ menggunakan saikoloji untuk menjuruskan pemimpin yang jadi kerbau pawah dicucuk hidung itu supaya ‘makan rumput sabit’ beberapa hari, dan didendangkan dengan ucapan ‘beremosi’ 

Tetapi sebenarnya yang berkuasa, merogoh kepentingan ekonomi dan kekayaan adalah muka-muka kroni Daem, selain dari Mahathir, Samy Vellu, Ling Leong Sik, dan proksi mereka!! Cuba teliti, mana satukah diantara ratusan ‘resolusi’ di Perhimpunan itu yang telah dilaksanakan secara berkesan dan menjadi kebanggaan orang Melayu dan UMNO? Perhimpunan itu adalah tempat fitnah dan cerca-mencerca bangsa sendiri!! Seolah-olah UMNO adalah Melayu ‘putera’ dan lainnya ada ‘hamba-hina’. Lebih tampak jelas, perwakilan UMNO yang hadir cuma datang sebagai syarat untuk mencukup agenda tahunan UMNO. Bila mereka pulang, masih ditengah jalan mereka sendiri lupa apa yang mereka telah bincangkan!! Tahun depan isu yang sama akan  dibangkitkan lagi. Sudah lebih 18 tahun Mahathir  mengepalai negara atas nama Presiden UMNO, perjuangan UMNO tidak lebih dari “cakap kosong” yang cantik ditulis dalam artikel di Utusan Malaysia, Berita Harian atau media letronik dalam ruangan “WAWANCARA”.

Dasar Mahathir Setakat Mengkhayalkan

Selama 18 tahun lebih ini, Mahathir telah mengkhayalkan penyokong dan pemimpin UMNO dengan ‘dadah’ suntikannya dari percakapan dan ucapan beliau yang menaikkan emosi. Dengan ego Mahathir menghembus ‘angin panas’ dengan berkata, “ekonomi Malaysia seperti Harimau Asia, Rakyat Malaysia ada Twin Tower,” dan 1001 macam lagi; penyokong UMNO tidak sadar diri. Terkhayal!! Seolah-olah Twin Tower itu adalah kepunyaan mereka. Padahal, balik kampung, mereka duduk di pondok buruk. Mahathir menyebut ‘demokrasi’, hak asasi manusia, rakyat dan undang-undang, Islam akan diikut secara sempuna, dll. Bagaimana keadaan yang dipraktikkan sekarang? DS Anwar di fitnah, di penjara, di pukul. Mahathir tak mau diseret ke mahkamah – kezaliman menjadi-jadi. Rohani rakyat makin tercabar dan kemanusiaan mereka dimusnahkan. YAHUDI saja gandingan Mahathir!!

Mahathir Membeli Orang Melayu

Mahathir telah membeli orang Melayu begitu murah sekali. Yang memalukan, Mahathir membeli orang Melayu dengan emas yang digali dari tanahair  orang Melayu sendiri, dengan keringat mereka, dengan darah dan airmata mereka. Bermakna Mahathir telah membeli orang Melayu (puak UMNO) tanpa modal dari koceknya (Malays were bought with gold dug from their own land). Itu adalah DASAR PENJAJAH!!

Minyak PETRONAS hanya tinggal 15 tahun lagi. Selama 30 tahun, Mahathir dan UMNO telah melenyapkan hak rakyat. Wan Mokhtar adalah “jembalang” makhluk pemusnah!! Mahathir terus-menerus mengaibkan orang Melayu bagai ‘lintah menghisap mangsa”. Akhirnya yang kering darah adalah orang Melayu. Pemimpin UMNO telah jadi seberkas kayu kering (a bunddle of dry wood). Mahathir menjadikan penyokongnya (orang Melayu) sebagai umpan api utuk membakar bangsa sendiri.

Tengok bagaimana anak-anak Melayu yang menentang dalam demo dan rapat di pelusuk negara; mereka dibelasah oleh polis upahan Mahathir. Bagi Mahathir, orang Melayu kelompok UMNO adalah satu kelompok bangsa Melayu yang menjadi bahan menyeronokkan (ammusing) dirinya.

Mahathir Bukan Seorang Wira

Jika UMNO ditipu dengan menganggap beliau seorang WIRA, hari ini rakyat  dan majoriti orang Melayu menganggap Mahathir adalah seorang manusia yang tidak mencerminkan seorang “gentlemen of stature”. Dia terang-terang mengkhianati (betray) amanah rakyat, orang Melayu, kemerdekaan negara, dan sejarah murnia bangsa Melayu yang berugama Islam!!

Kesimpulan

Rakyat mengahadapi tuntutan satu zaman baru. Orang Melayu tidak boleh menerima proses perlekehan dan pendunguan setelah hampir setengah abad Merdeka. Jika Mahathir telah sampai ketahap mempersenda struktur sosial, peradaban, sitem kehidupan orang Melayu dengan mendaulatkan raja-raja,  mempersenda ugama Islam, merosakkan tradisi dan kesopanan orang Melayu  yang terjaga zaman berzaman; bermakna Mahathir adalah AGEN PENJAJAH sebenar, seorang ‘republican’.

Apa yang dilakukan Mahathir hari ini mencerminkan sikap YAHUDI yang selama ini menjadi Penasihat Teragungnya. Lihatlah, dan cerakinkan sendiri. Pasti Mahathir berbeza bagai langit dengan bumi, antara beliau (Mahathir Mohammad) denga TIGA (3) Perdana Menteri sebelumnya!! UMNO tidak akan balik ke panggal jalan lagi.

Demi bangsa, tanahair dan ugama – tinggalkan UMNO yang tidak lagi membawa wadah pejuang kemerdekaan yang telah pergi meninggalkan kita!! Keputusan Pilihanraya 1999 adalah petanda Mahathir dan UMNO/BNnya sudah hilang upaya!!

Dengan itu, GELITA 14 (BLACK 14) adalah gagasan dan petanda rakyat !!